TQ

TQ sbb tegok bolg sye yg x berapa sgt ni yer....? hope korg enjoy....klw korg suke , ak lg suke.......haha(^_^)

Monday, September 5, 2011

Pemain Sepanyol Bersatu ( ^_^ )


ST. GALLEN, Switzerland - Pemain tengah Sepanyol, Andres Iniesta menegaskan tidak ada perselisihan yang berlaku antara pemain Barcelona dan Real Madrid.
Situasi tersebut dapat dilihat dengan jelas menerusi insiden pergaduhan antara pemain Sepanyol dan Chile dalam satu aksi persahabatan antarabangsa pada Jumaat lalu.
Pada pertemuan yang berkesudahan Sepanyol menang 3-2 itu, Iniesta bertengkar dengan Arturo Vidal sebelum pemain pertahanan Real, Alvaro Arbeloa berlari ke arah mereka.
Arbeloa menolak pemain pertahanan Chile tersebut supaya berjauhan daripada bintang Barcelona itu, sekali gus mencetuskan insiden tolak menolak antara kedua-dua pasukan.
Musim lalu, pertemuan antara Barcelona dan Real seringkali berakhir dalam situasi 'panas' dan keadaan itu berlarutan pada perlawanan Piala Super Sepanyol baru-baru ini.
Situasi itu mencetuskan kebimbangan apabila para pemain Barcelona dan Real dikatakan tidak dapat bermain bersama dengan baik dalam skuad kebangsaan Sepanyol yang berhasrat untuk mempertahankan gelaran juara Eropah pada tahun depan.
Ketika ini, 14 daripada 24 pemain dalam skuad kebangsaan negara itu terdiri daripada pemain Barcelona dan Real.

Sepanyol menanti kunjungan Liechtenstein pada aksi kelayakan Euro 2012 esok dan juara dunia 2010 itu memimpin kedudukan teratas dalam Kumpulan I selepas menang kesemua lima perlawanan . 
BARCELONA AND SPAIN


P/S : yg ni team favourite aku.......
        barcelona ( barca ) ngn spain......
        korg suke tegok la liga x.....?
        klw suke , korg tegok team barcelona ni main......sempoi kot....
        ni utk season yg akn dtg.........
        Barcelona ( barca ) : LIGA , UEFA , SPANISH CUP ,
        Spain : WORLD CUP , ngn yg akan dtg EURO 2012....
        kte enjoy yer...... ;)




lalala , sye suke makan.....spe nk join ???(^_^)